UQASHA SENROSE BERTUNANG DI LUAR NEGARA

Pelakon wanita drama bersiri Tundukkan Playboy Itu, Uqasha Senrose khabarnya akan bertunang tidak lama lagi dengan kekasih hati yang dikatakan bukan berasal dari Malaysia. Malah segala persiapan majlis juga sudah mula dijalankan.



Menurut laporan Utusan Online, persiapan majlis seperti baju rekaan telah pun siap ditempah daripada pereka busana terkenal yang juga menjadi kegemaran selebriti tanah air. Bukan itu sahaja, majlis juga dikatakan akan dilangsungkan secara meriah dan besar-besaran diluar negara.#

Sementara itu, bercakap mengenai jejaka hati pilihan Uqasha, dakwaan yang pernah mengaitkan pelakon jelita itu dimiliki oleh seseorang bergelar #VVIP suatu ketika dahulu mungkin hanyalah propaganda semata-mata.#

Tetapi apapun jika betullah Uqasha berhasrat untuk bertunang tidak lama lagi, tahniah kami ucapkan. Kami mendoakan semoga segala perancangan akan berjalan dengan lancar. (#rkty/w)



Share on Google Plus

About mfnatural

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment