FATHIA LATIF BERHIJRAH SEPENUHNYA UNTUK MEMAKAI TUDUNG

Alhamdulillah. Jutaan tahniah diucapkan kepada Fathia Latiff yang telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. Fathia yang sememangnya cantik kelihatan semakin berseri-seri apabila menutup aurat. Memang sedap mata memandang. Semoga Fathia diberikan kekuatan untuk terus istiqamah dalam berhijab.



Abang Nara gembira mendengar kata-kata Fathia yang redha dengan apa jua yang bakal terjadi terhadap beberapa kontrak yang telah ditandatangani sebelum bertudung. Kata #Fathia:-
Saya bersyukur diberikan Allah hidayah ketika usia masih muda. Perasaan untuk berhijab hadir secara tiba-tiba, bukan atas paksaan sesiapa atau kerana mengikut aliran apabila semakin ramai artis wanita menutup aurat#.


Jujurnya, saya mula bertudung sebelum menjalani penggambaran sebuah drama di New York lagi. Ketika itu, hati saya tergerak untuk memulakan penghijrahan, tetapi saya harus melakukannya secara perlahan-lahan. #Alhamdulillah, sejak dua hari lalu, saya sudah bertudung sepenuhnya
Saya mempunyai kontrak sebagai duta dengan beberapa syarikat. Jika ada rezeki dan penampilan baharu saya diterima, insya-Allah kontrak itu akan disambung. “Jika tiada rezeki, saya percaya Tuhan akan hadirkan sesuatu yang lebih baik nanti.#
Saya juga mungkin terpaksa menolak tawaran berlakon beberapa drama kerana imej baharu ini. Saya tidak kisah, namun untuk membuka tudung mungkin tidak sesekali#
Share on Google Plus

About mfnatural

    Blogger Comment
    Facebook Comment

0 comments:

Post a Comment