Dalam sedar tak sedar, dah 2 tahun tragedi kehilangan kapal terbang MH370. Sehingga kini kehilangan pesawat itu masih jadi tanda tanya. Walau apa pun terjadi, kami harap kebenaran akan terjawab juga. Kasihan kepada ahli keluarga mangsa yang masih berharap agar mereka pulang ke pangkuan mereka#.
#Semalam, anak kepada ketua pramugara yang hilang bersama pesawat #MH370, Maira Elizabeth Nari memuat naik gambar di Instagram bersama kapsyen yang sangat menyentuh hati kami. Haihh sedihnya..
Sekitar masa ini sebelum kamu (Andrew Nari) pergi. Ingatkah lagi semasa kamu berdiri di depan pintu, bertanya kepada saya sekiranya saya mahu ikut untuk menghantar kamu ke lapangan terbang, tetapi saya mengatakan saya tidak mahu kerana saya kepenatan? #Saya tidak pernah terfikir bahawa saat itu merupakan ucapan selamat tinggal yang terakhir. Situasi itu masih lagi segar dalam ingatan saya. Saya tidur awal pada malam itu (#8 Mac) dan saya tidak mengetahui mengenai berita menyedihkan pada tengah malam itu. (Saya) #Hanya mengetahui pada tengah hari keesokkannya selepas dimaklumkan oleh kawan saya semasa sedang bekerja. Sekiranya saya ikut (ke lapangan terbang)… Adakah kamu merasakan apa yang berlaku (#MH370 hilang) tidak akan berlaku? Atau adakah saya akan mendapat peluang untuk menghabiskan masa bersama kamu? Atau ia tetap sama? Perkara diluar jangkaan akan menjadi perkara yang paling baik dan indah dalam hidup, tetapi perkara yang paling tidak dijangkakan juga boleh menjadi kenangan paling memeritkan dalam hidup anda. Buat masa ini, semoga selamat terbang, selamat malam.
Pada waktu ini, kawan saya telefon dan bertanya tentang keadaan ayah. Saya jadi blur dan panik. Lalu saya call ibu.. dan pada masa itu, saya tahu perkara yang tak elok terjadi. Saya sedih dan saya tak nak bercakap dengan sesiapa pun. Itu merupakan hari yang tak dapat dilupakan. Sejak dari hari tu, saya bangun dan jalani rutin harian seperti biasa. Selepas 3 hari, rutin makanan saya tidak menentu. Hari ni, genap 2 tahun (pesawat hilang), tiada apa yang berubah tetapi kami dalam keadaan okay sahaja. Buat masa ini, kita jumpa lagi satu hari nanti. #Kami rindukan kamu.
Sumber: Instagram #mairaelizabethnari
0 comments:
Post a Comment