KENALI PEMILIK SUARA BOBOIBOY YANG COMEL INI
Siri animasi Malaysia yang menjadi minat rata-rata rakyat Malaysia, Boboiboy kini diterbitkan dalam satu Movie yang sedang berlangsung di pawagam-pawagam tahanair berjudul BoboiBoy The Movie. Kutipan dikhabarkan sangat memberangsangkan iaitu berjuta ringgit dalam tempoh beberapa hari sahaja ditayangkan.
Namun, disebalik suara boboiboy, ramai yang tidak mengetahui siapakah pemilik suara comel watak boboiboy itu. Untuk pengetahuan sebenar, pemilik suara sebenar Boboiboy itu adalah gadis yang berusia 17 tahun dikenali sebagai Nurfathiah Diaz atau lebih mesra dengan panggilan Thiah.
#Menurut Thiah, dia mula menceburkan diri sebagai pelakon suara sejak berumur tujuh tahun. Kini, sudah hampir sepuluh tahun dia membabitkan diri dalam karier ini.
“Saya meminjamkan suara bagi watak Upin dan Ipin sejak berumur tujuh sehingga 10 tahun. Selepas itu, saya meminjamkan suara untuk Boboiboy pada usia 12 tahun sehingga sekarang. Kiranya, tahun ini genap 10 tahun saya terbabit sebagai pelakon suara.”
Menerusi filem Boboiboy, Thiah mengambil masa dua tahun untuk merakamkan suaranya kerana proses pembikinan filem itu dilakukan secara berterusan.
#Selepas filem itu mendapat sambutan menggalakkan peminat di Malaysia, Thiah tidak sabar bertemu peminatnya di Indonesia pada 13 April ini. #Kepada yang masih belum menonton, pergilah ke pawagam berhampiran bersama anak-anak serta keluarga untuk menonton filem animasi ini#
0 comments:
Post a Comment